Selasa, 29 Mei 2018

TNB sumbang RM350,000 untuk golongan memerlukan

THE MALAYSIAN INSIGHT
TNB sumbang RM350,000 untuk golongan memerlukan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan RM350,000 untuk penganjuran majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara sepanjang Ramadan ini. – Gambar Facebook TNB
 
TENAGA Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan RM350,000 untuk penganjuran majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pegawai Sumber Manusia TNB Muhammad Razif Abdul Rahman berkata majlis berbuka puasa sambil menyumbang kepada anak yatim dan ibu tunggal itu merupakan acara tahunan syarikat berkenaan.

“Majlis berbuka puasa bersama golongan yang memerlukan merupakan platform untuk TNB mendekati masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa TNB di Bangi hari ini

Pada majlis itu, Ibu Pejabat TNB meraikan 65 anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan, Kajang.

Majlis tersebut dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Ir Azman Mohd yang menyampaikan duit raya berjumlah RM150 setiap orang kepada kanak-kanak berusia empat hingga 17 tahun.

Pada majlis itu juga, Azman turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 daripada TNB dan Pelitawanis cawangan Ibu Pejabat TNB kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia. – Bernama

Tiada ulasan: