Jumaat, 11 Mei 2018

Kerajaan umum senarai menteri esok

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah membentuk sepuluh kementerian-kementerian utama, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Bagaimanapun ujarnya, nama-nama menterinya hanya akan diumumkan esok.
 
“Kami putuskan, buat masa ini, kami hanya akan membentuk kabinet yang kecil melibatkan kementerian-kementerian penting.
 
“Kami tidak mahu kabinet yang besar, tetapi terdapat beberapa kementerian yang perlu diisi segera,” kata Dr Mahathir dalam sidang media di Yayasan Albukhary, Kuala Lumpur hari ini.
 
Berikut senarai Kabinet yang telah dibentuk;
 
Kementerian Kewangan
Kementerian Dalam Negeri
Kementerian Pertahanan
Kementerian Pendidikan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Kementerian Ekonomi
Kementerian Kerja Raya
Kementerian Pengangkutan
Kementerian Teknologi, Sains dan Multimedia
Kementerian Luar Negeri

Tiada ulasan: