Sebuah kilang memproses ayam di Taman Perindustrian Utama di Pontian hangus terbakar dalam kebakaran pada 5.35 pagi ini.
PONTIAN – Sebuah kilang memproses ayam di Taman Perindustrian Utama
di Pontian hangus terbakar dalam kebakaran pada 5.35 pagi ini.
Bagaimanapun, menurut Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat
Pekan Nenas, Mahadir Mamat, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam
kejadian itu.
“Kejadian kebakaran itu telah menyebabkan kilang memproses ayam
tersebut terbakar 100 peratus, namun kira-kira 9,000 ekor ayam berjaya
diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurut
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas, Mahadir
Mamat, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Tambahnya, semasa kejadian terdapat lebih 10 pekerja di kawasan itu dipercayai untuk memulakan kerja.
Beliau berkata, operasi memadam kebakaran itu turut melibatkan
bantuan daripada jentera dan anggota dari balai Pontian dan Pontian
Baru.
“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan