KUALA LUMPUR: Calon PKR DUN Rantau Dr S Streram hari ini memfailkan
saman misfeasans dalam jawatan pejabat awam sebanyak RM7.6 juta terhadap
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pegawai pengurus pilihan raya Amino
Agos Suyub kerana menghalangnya bertanding.
Beliau memfailkan saman itu melalui firma Tetuan Haniff Khatri & Co di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur petang tadi.
Dalam pernyataan tuntutannya, Streram mendakwa bahawa defendan gagal
menunaikan tanggungjawab di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1958,
yang mengakibatkan dirinya tidak dapat bertanding di kerusi negeri
selepas memperoleh watikah pelantikan daripada partinya.
Susulan itu, Menteri Besar Sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan memenangi kerusi Rantau tanpa bertanding.
Streram berkata beliau telah membayar deposit sebanyak RM5,000 untuk
pendaftaran pencalonannya dan RM3,000 lagi untuk deposit bahan kempen
pada 25 April.
Beliau mendakwa dirinya tidak dimaklumkan bahawa pas SPR diperlukan untuk tujuan memasuki pusat penamaan calon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan