Oleh Siti Nur Azizah Mohd Zaini
SHAH ALAM: Video tular yang menunjukkan pemimpin DAP Perak Nga Kor Ming
mempersenda Tun Dr Mahathir Mohamad memecah “temberang” DAP yang
memperkudakan mantan perdana menteri itu untuk mencapai matlamat mereka
menjatuhkan kerajaan.
Menurut penganalisis politik Edwin Michael, ini juga bukan video
pertama oleh Pengerusi DAP Perak yang memaparkan beliau menjatuhkan dan
merendahkan kredibiliti seseorang.
"Temberang itu sudah dipecahkan oleh Nga Kor Ming melalui klip video yang mengaibkan Mahathir dan merendahkan Mahathir.
"Satu harus kita lihat, dalam isu Nga Kor Ming ini bukan video pertama kali dia menjatuhkan dan merendahkan krediabiliti."
Keadaan ini memperlihatkan bahawa DAP gagal mengawal ahli-ahlinya dalam mengeluarkan kenyataan yang berbaur kebencian.
Video selama seminit 53 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan
Nga menyatakan di satu ceramah bahawa Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir
Mohamad tidak mempunyai masa lama lagi untuk hidup.
Pemimpin DAP itu didengar memberitahu hadirin bahawa DAP akan
menggunakan Dr Mahathir dan kemudian “beliau boleh menyertai (bekas PM
Singapura) Lee Kuan Yew untuk bermain mahjong”.
Nga juga menyanyi serangkap lagu klasik Cina bertajuk “Goodbye My Love”
untuk menandakan “pemergian” Dr Mahathir selepas mantan PM itu
dipergunakan.
"Apa yang jelas ini ialah, DAP gagal untuk mengawal ahli mereka seperti
Nga Kor Ming ini dari terus memberikan ucapan yang berbaur rasis, dan
berbaur kebencian yang mengaitkan (perkara) menjatuhkan serta mengaibkan
maruah individu."
Katanya, maruah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad begitu rendah di mata DAP.
"Kedua, ini menunjukkan betapa rendahnya maruah Mahathir dalam kalangan
ahli-ahli DAP khususnya dan ini juga menunjukkan bahawa Mahathir tidak
dihormati oleh ahli-ahli DAP.
"Sebaliknya Mahathir hanya dilihat sebagai 'kuda tunggangan' untuk DAP
mencapai hasrat atau ianya hanya propaganda mereka untuk mencapai
sebanyak mana undi orang Melayu," katanya kepada Antarapos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan