SHAH ALAM: Tun Dr Mahtahir Mohamad dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh pada jam 9.30 malam ini.
Majlis angkat sumpah itu akan dilafazkan di hadapan Yang Di Pertuan
Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara selepas majlis itu ditunda
daripada pagi akibat kekeliruan mengenai status Pakatan Harapan (PH) dan
ahli Parlimennya.
PH di bawah pimpinan Dr Mahathir awal pagi ini menumbangkan Barisan
Nasional (BN) untuk menawan Putrajaya - kali pertama berlaku pertukaran
kerajaan pusat sejak kemerdekaan Malaysia 61 tahun lalu.
PH yang terdiri daripada PPBM, PKR, DAP dan Amanah meraih 113 kerusi diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 79 kerusi.
Sementara PAS pula menang 18 kerusi Parlimen, diikuti Parti Warisan Sabah (8), Parti Solidariti Tanah Airku (1) dan Bebas (3).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan