Khamis, 10 Mei 2018

Tunggu perkenan Sultan Pahang untuk lantik MB

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BENTONG: Pelantikan bagi jawatan Menteri Besar akan dilakukan selepas mendapat perkenan oleh pihak istana Pahang dalam masa terdekat.
 
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, jawatan Menteri Besar akan ditentukan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
 
“Terpulang kepada pihak istana untuk memilih calon yang difikirkan sesuai untuk menjadi Menteri Besar. Begitu juga dengan pelantikan Exco yang akan ditentukan kemudian selepas pihak istana terlebih dahulu memilih Menteri Besar,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
 
Sementara itu, Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berterima kasih kepada pengundi yang sekali lagi memberi mandat kepada BN untuk mentadbir negeri ini.
 
“Terima kasih kepada pengundi-pengundi yang telah memilih BN negeri Pahang sehingga membolehkan kita mendapat majoriti mudah iaitu sebanyak 25 kerusi,” katanya.
 
Difahamkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri telah menyembah maklum kepada pihak istana Pahang tentang keputusan PRU-14 di negeri ini hari ini.
 
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang juga dikatakan telah menemui pihak istana Pahang berhubung pelantikan Menteri Besar dan majlis mengangkat sumpah.
 
 

Tiada ulasan: