Tunku Ismail berkata semua yang berkhidmat kepada negeri Johor adalah hamba kepada rakyat serta kedaulatan negeri Johor.
Baginda bertitah semua yang berkhidmat kepada negeri Johor adalah hamba kepada rakyat serta kedaulatan negeri Johor, dan kesejahteraan rakyat mesti menjadi keutamaan semua yang berkhidmat kepada kerajaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
“Walau apa pun terjadi, sentiasa pentingkan hak dan kesejahteraan rakyat bukan kepentingan peribadi. Kita harus belajar daripada kesilapan orang lain.
“Saya ingin mengingatkan sekali lagi jangan lupa kedaulatan negeri Johor, perlembagaan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor. Walau apa pun terjadi, Johor mesti sentiasa jadi Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan beberapa negeri pada PRU14, termasuk Johor yang menyaksikan PH memenangi 36 kerusi DUN, manakala BN memperoleh 19 kerusi dan PAS 1 kerusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan