KUALA KANGSAR: Jentera Barisan Nasional (BN) perlu berwaspada dan
menangkis serangan saat akhir atau 'surprise last minute attack' (SLMA)
yang dicetuskan pembangkang bagi menjatuhkan BN pada Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,
pembangkang akan menimbulkan pelbagai isu setiap kali menjelang pilihan
raya umum untuk menjatuhkan calon yang bertanding serta parti BN.
“Daripada segi realiti apabila pilihanraya umum, isu-isu yang tak
pernah timbul, perkara yang tidak pernah muncul, masalah peribadi calon
yang tidak ada, diwujudkan kenapa?...kerana pihak pembangkang mencari
isu untuk melemahkan semangat kita, untuk menjatuhkan calon kita, untuk
menjatuhkan parti kita.
“Saya ingatkan jentera di Perak dan seluruh negara bersiap siaga hadapi
serangan ini, tetapi yakin dan percaya biarlah datang serangan itu
bertubi-tubi, jika kita mempunyai istiqamah tinggi, daya tahan yang
tinggi, daya juang yang tinggi, daya saing yang tinggi, datang serangan
apa pun kita akan menolak serangan itu.
“Kita akan bersatu padu dan pastikan saf barisan kita berada dalam satu
pasukan. InsyAllah panji-panji BN akan terus dikekalkan,“ katanya
ketika berucap pada majlis mesra rakyat sempena lawatan Timbalan Perdana
Menteri ke Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak di Kuala Kangsar hari
ini.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN turut mengingatkan jentera
BN agar tidak memanjangkan isu yang dicipta pembangkang dengan
menularkannya yang akhirnya menimbulkan pergolakan di kalangan anggota
sekali gus hilang kepercayaaan kepada parti.
“Kita (akhirnya) tidak bersedia untuk menjawab dalam 'surprise last
minute attack' atau SLMA, tunggu mereka sedang mencipta fitnah tohmahan
dan serangan ini, ketika ini pasti SLMA sedang dicipta oleh mereka
sebagai satu ledakan bom yang bertujuan untuk mengalihkan pandangan kita
dan pandangan pengundi kita .
"Saya cuba mengingatkan pada PRU yang lalu mereka (pembangkang)
mengatakan bahawa (terdapat) 40,000 pengundi Bangladesh yang hendak
dibawa dengan 100 jumbo jet ke negara kita, yang jelas ia memang tidak
ada dan kita sibuk dan di saat akhir tidak ada siapa pun yang jawab dan
persepsi pengundi kata ini penipuan yang dilakukan kerajaan BN
(sebenarnya) ternyata tiada," katanya.
Menurut Ahmad Zahid, dengan pengaruh sosial media yang semakin meluas
ketika ini, pembangkang pastinya akan mewujudkan SLMA dan ia akan
tersebar di seluruh negara.
"Kita harus menilai sebarang SLMA, kerana itu adalah perang psikologi
yang sedang diserang dan diciptakan oleh mereka (pembangkang) untuk
melemahkan semangat kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan