SETIAWANGSA: Masalah
berat dialami negara dan rakyat pada aspek agama, sosial dan ekonomi
bukanlah disebab salah tadbir individu dan parti politik, tetapi juga
sistem pemerintahannya.
Ketua Pemuda PAS Kawasan Setiawangsa,
Ustaz Ubaid Abd Akla berkata, pentadbiran Kerajaan Umno-BN yang berteras
sekular telah menyebabkan penindasan dan kerosakan.
Perkara itu menurutnya, semakin parah
sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan ianya
berlanjutan hingga kini yang menuntut perubahan menyeluruh dan bukan
kosmetik semata.
"Demokrasi pilihan raya ini membenarkan
rakyat sebagai hakim menentu sistem pemerintahan negara. Oleh demikian,
para pengundi dirayu memberi peluang kepada PAS dengan dasar Islam yang
membawa keselamatan dan kesejahteraan.
"Sekiranya diberi mandat, PAS akan
memansuhkan hutang tertunggak pinjaman PTPTN dan akan menstrukturkan
semula PTPTN ke arah memberi pendidikan percuma," serunya pada Ceramah
Kelompok 7.0 di Restoran Sany Char Koay Teow, Medan Selera Tasik
Titiwangsa, di sini semalam.
Turut berucap pada majlis itu adalah
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad dan Yang
DiPertua PAS Setiawangsa, Abd Halim Hassan dan Yang DiPertua PAS
Titiwangsa, Khairul Anuar Abd Manaf. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan