ISMA WEB
Pelajar universiti kecewa gambar diguna untuk kempen politik
BANGI- “Bang…pilih biru muda saja tau bukan bini muda”. Itu antara ayat yang terpapar pada sekeping poster yang beredar pantas dan menjadi tular dalam laman sosial, menyebabkan seorang pelajar sebuah universiti di Shah Alam, berasa kecewa dan tertekan.
“Sumpah aku tak halalkan, makin benci
pulak aku dengan politik. Over the limit lah orang zaman sekarang.”
Balas Nurul Aida Azira Mohd Kassim, 19, apabila mendapati gambarnya
dicuri dan disalahgunakan pihak tertentu ketika demam Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU14) semakin memuncak ke hari pengundian pada 9 Mei ini.
Betul atau tidak ‘unit propaganda’ Parti
Keadilan Rakyat (PKR) – kemungkinan juga di pihak Barisan Nasional (BN)
– atau parti lain, yang sengaja menggunakan gambarnya, Nurul Azira yang
menggunakan nama Aidaazira dalam akaun Twitter, menuduh PKR berbuat
demikian.
“Mula mula aku sabar sahaja PKR. Tapi
setiap kali orang hantar benda (poster) itu dekat aku. Aku rasa annoying
malu pon ada. Kalau aku kena fitnah, korang nak bayar ke segala
kerugian aku? Oh lupa lah semua nak untung je. Itulah sampai menyusahkan
orang,” tulisnya dalam Twitter itu.
Menyatakan akan membuat laporan polis mengenai poster politik menggunakan gambarnya itu, dia melahirkan kekesalan dan terganggu apabila gambar itu menjadi tular di media sosial dan akhbar tempatan.
Menyatakan akan membuat laporan polis mengenai poster politik menggunakan gambarnya itu, dia melahirkan kekesalan dan terganggu apabila gambar itu menjadi tular di media sosial dan akhbar tempatan.
“Kalau boleh saman dan aku tahu siapa
buat gambar ni sumpah aku maki. Kau mesti orang politik dah 21 ke atas.
Suka suka hati kau nak guna gambar aku.
“Sumpah aku tak halalkan, makin benci
pulak aku dengan politik. Over the limit lah orang zaman sekarang. Kalau
cuma viral dekat media sosial sahaja tidak mengapa. Ini sampai masuk
newspaper. How could u politician take advantage with 19 years old girl ?
“Dah lah curi gambar orang. Lepas itu
buat poster tah apa apa. Nak kempen, kempen jelah. Tak payah lah
mengacah suruh orang jangan cari bini muda lah apalah,” katanya.
Meluahkan kekecewaan selepas poster itu menjadi tular dan disoal oleh pensyarahnya, Nurul Aida menulis:
“Ingat aku bangga ke muka aku pampang
depan depan surat khabar untuk raih undi korang ? Kalau nak kata aku tak
beradab? Silakan. Aku sabar dari mula gambar ini tersebar .
“Aku senyap, aku sabar je tahan malu.
Kalau gambar perempuan lain mungkin yelah diorang boleh terima sebab
diorang sendiri tangkap dengan bendera parti masing-masing.
“Last kalau boleh aku nak orang yang
edit curi gambar aku dekat insta ni sendiri minta maaf dekat aku. Untuk
tahu benda sebenar pasal poster ni, saya buat laporan polis.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan