Sinar Harian
Lelaki itu melondehkan seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pelajar. -Gambar hiasan
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, berdasarkan laporan diterima, suspek yang berusia 30-an menggunakan taktik menghampiri pelajar perempuan dan berpura-pura mahu bertanyakan sesuatu.
"Selepas melakukan perbuatan tidak senonoh itu, suspek melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal berwarna kuning. Kejadian itu berlaku ketika mangsa pulang dari sekolah," katanya.
Sehubungan itu, orang awam atau saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai Asisten Superintendan Rashid Kassim di talian 012-5183594.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan