KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akan bertanding di Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Perkara itu diberitahu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, seperti yang dilaporkan The Star.
Menurut Saifuddin lagi, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail pula akan bertanding salah sebuah kerusi di Lembah Klang.
"Pengumuman (rasmi) akan dibuat tidak lama lagi," katanya.
Sebelum ini ada desas-desus menyebut Nurul Izzah akan menjadi calon PKR
di Permatang Pauh, manakala Wan Azizah bertanding di Pandan atau Bandar
Tun Razak di Lembah Klang.
Pemilihan itu dibuat berikutan wujud pemindahan 6,598 pengundi baru
dari pasukan polis ke kerusi itu sejak pilihan raya umum 2013, seperti
yang didakwa Nurul Izzah sebelum ini
Ahli Parlimen dua penggal itu mengekalkan kerusi Lembah Pantai dengan
majoriti 1,847 undi dengan mengalahkan calon BN Datuk Seri Raja Nong
Chik Raja Zainal Abidin dari BN.
The Star juga melaporkan Saifuddin mengesahkan bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu di Kedah.
Pada PRU13, beliau kalah kepada calon BN, Datuk Seri Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan 1,871 undi.
Saifuddin juga juga akan bertanding di kerusi dewan undangan negeri di Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan