KUALA LUMPUR: Sebuah mesej yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai
laman pautan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini disahkan
sebagai palsu.
Menurut sebenarnya.my, mesej itu meminta orang ramai supaya
berhati-hati dengan alamat pautan http://pengundi.spr.gov.my yang
didakwa merupakan sebuah laman SPR yang palsu dan cuba mencuri data
peribadi.
“Kononnya laman SPR dengan pautan http://pengundi.spr.gov.my adalah
sebuah laman palsu yang cuba mencuri maklumat kad pengenalan.
“Sedangkan sebenarnya kedua-dua alamat pautan
http://pengundi.spr.gov.my dan https://pengundi.spr.gov.my akan membawa
pengguna ke laman SPR yang asli,” katanya dipetik Utusan Online.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai dan menyebarkan mesej palsu berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan