Ahad, 8 April 2018

Manikavasagam kembali kepada parti lamanya

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KAPAR: Bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang mengumumkan keluar dari PKR minggu lalu, kembali kepada parti lamanya, Parti Rakyat Malaysia (PRM).
 
Manikavasagam yang menganggotai PRM pada 2007, akan bertanding untuk Parlimen Kapar dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Selat Kelang.
 
"Terdapat parti-parti lain yang mencari saya tetapi presiden (PRM) memberitahu bahawa tiada masalah untuk saya kembali. Jadi, saya kembali ke PRM," katanya selepas pengumuman calon-calon PRM di Selangor untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Pada Ogos tahun lalu, PKR menggantung keahlian Manikavasagam selama dua tahun berikutan satu ucapan yang dibuatnya di Kuil Sri Balathandayuthapani, Kapar pada 8 April 2017.
 
Manikavasagam mendakwa yang dia telah membuat rayuan berserta penjelasan dalam tempoh 14 hari selepas penggantungan itu, tetapi statusnya tidak diketahui sehingga beliau bertindak meninggalkan parti itu.
 
Manikavasagam merupakan Ahli Parlimen Kapar pada 2008.
 
 

Tiada ulasan: