Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: "Adakah Guan Eng sedang mempermainkan ahli akar umbi DAP,
atau dia yang sedang dipermainkan?," itu persoalan yang diutarakan bekas
ahli DAP, Shamsher Singh Thind.
Maklum balas itu menyusul selepas DAP bersikap 'terbuka' dengan
keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk menggunakan logo PKR sebagai logo
rasmi pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.
Menurut Shamsher, DAP pada PRU13 pernah hampir dibatalkan
pendaftarannya, namun Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bertegas untuk
menggunakan logo tersebut pada ketika itu.
Namun, berbeza dengan sekarang, Guan Eng kini memilih untuk menerima
apa sahaja keputusan yang dibuat dalam PH semata-mata hanya mahu
membuktikan 'kesatuan' dalam parti itu.
"Saya tidak tahu apa Guan Eng sedang fikir sekarang, sama ada dia memperbodohkan ahli DAP atau dia yang telah diperbodohkan.
"Sebab benda yang dia takuti pada PRU13 iaitu kemungkinan dia tidak
boleh guna roket, dia begitu takut dan sedih, kali ini dia begitu bangga
dan yakin bahawa dengan menggunakan roket sahaja kita boleh menang
Putrajaya.
"Sebab bagi saya ada sedikit kekeliruan sebab sebelum ini pada PRU
lepas kamu kata simbol roket itu adalah kekuatan dan tanpa roket kamu
sukar menang tetapi sekarang kamu boleh tidak mahu menggunakan roket
tetapi menggunakan simbol PKR hanya sebab mahu tunjukkan yang kita ini
adalah satu," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Kelmarin PH secara rasmi mengumumkan bakal menggunakan logo PKR sebagai logo rasmi bagi PRU14.
Ia selepas gabungan itu masih gagal mendapatkan kelulusan daripada
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk mendaftarkan parti mereka di
bawah satu logo selepas masalah yang dihadapi PPBM.
Umum mengetahui, DAP telah menggunakan lambang roket mereka sejak lebih
50 tahun yang lalu, dan ini merupakan kali pertama parti Cina itu bakal
menggunakan logo parti lain untuk bertanding dalam PRU.
Malah, para pengundi Cina sudah terlalu simbolik dengan logo 'roket' yang mereka gunakan selama ini.
Bukan akar umibi sahaja yang kecewa, salah seorang pengasas DAP, Dr.
Chen Man Hin telah menyatakan kekecewaannya parti itu terpaksa
‘mengorbankan’ logo yang begitu sinonim dengan parti tersebut.
Malah, Man Hin berpendapat DAP sepatutnya meneruskan sahaja hasrat untuk menggunakan logo sendiri dalam PRU14.
Mengulas lebih lanjut perkara itu, Shamsher mempersoalkan jika
keputusan menggunakan logo PKR ini telah dipersetujui oleh ahli akar
umbi keempat-empat parti komponen dalam PH.
Ini kerana menurutnya, beliau melihat keputusan yang dibuat itu
seolah-olah hanya dibuat beberapa pemimpin tertinggi PH sahaja, dan
bukannya mengambil kira pandangan ahli-ahli mereka.
"Yang saya rasa pelik, siapa sebenarnya yang membuat keputusan?, sama
ada mereka ini terima atau tidak, Bersatu punya akar umbi ini terima
atau tidak bahawa Dr Mahathir terpaksa bertanding di bawah tiket PKR,
sama ada PKR terima atau tidak Mahathir bertanding atas tiket PKR dan
DAP boleh terima atau tidak kalau pemimpin mereka bertanding atas tiket
PKR.
"Saya juga tidak tahu siapa punya idea, macam mana mereka lakukan
mesyuarat, bagaimana mereka dapat keputusan seperti ini dan sama ada
keputusan ini disokong oleh ahli akar umbi atau tidak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan