Rabu, 4 April 2018

Mahkamah AS arahkan kapal Jho Low belayar ke AS

Equanimity antara aset yang menjadi sasaran pihak berkuasa Amerika Syarikat dalam kes melibatkan 1MDB.


LOS ANGELES: Kapal layar berharga AS$250 juta yang didakwa Jabatan Kehakiman AS (DoJ) dibeli oleh pelabur Malaysia, Low Taek Jho dengan menggunakan wang yang digelapkan daripada dana kerajaan dibenarkan belayar dari Indonesia ke Amerika Syarikat (AS), kata hakim.

Semalam, hakim daerah di Los Angeles, Dale Fischer menolak permohonan badan amanah yang memegang hak milik ke atas Equanimity untuk terus berlabuh di Bali, sewaktu mereka mencabar rampasan kapal 300 kaki itu di mahkamah Indonesia.

Hakim berkata beliau ragu tentang dakwaan badan amanah itu bahawa AS merancang untuk mengurangkan jumlah anak kapal untuk pelayarannya ke AS dan memerintahkan kerajaan mengesahkannya dengan kapten atau kakitangan kanan kapal itu bagi menentukan jumlah minimum anak kapal yang diperlukan (untuk pelayaran).

Selepas DoJ memfaikan tuntutan untuk merampas kapal layar itu tahun lepas, Low, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, mengarahkan kakitangannya menjauhkan kapal itu dari negara seperti Singapura dan Australia.

Beliau berkata kerajaan negara tersebut berkemungkinan akan merampas kapal berkenaan dan menggesa anak kapalnya belayar di kawasan “selamat” seperti Kemboja dan Vietnam, menurut dokumen mahkamah oleh AS.

Tiada ulasan: