PULAU PINANG:ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang keluar DAP semalam
mengumumkan beliau akan bertanding di bawah parti politik baru pada
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Beliau yang mula menyertai DAP pada 2000 dan menjadi wakil rakyat
Tanjung Bungah selama dua penggal akan bertanding di kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang di sini.
Menurut Yee Cheu, keputusan bertanding semula diambil selepas berasakan
penduduk negeri ini memerlukan pihak ketiga untuk memastikan
keseimbangan dalam pentadbiran kerajaan negeri yang kini dilihat
dimonopoli parti politik tertentu.
Terdahulu, dalam majlis pagi ini yang dilaporkan Utusan Malaysia, Yee
Cheu turut menyerahkan surat peletakan jawatannya daripada DAP dan kad
keahlian parti itu kepada Pengerusi DAP Seri Tanjung Bungah, Lim Cheng
Ho.
Yee Cheu semalam mengumumkan beliau akan meninggalkan DAP sebaik sahaja
Parlimen dibubarkan selepas mengakui tidak lagi selari dengan
perjuangan parti berkenaan khususnya dalam pentadbiran Kerajaan DAP
Pulau Pinang.
Beliau juga antara wakil rakyat DAP yang lantang mengkritik pentadbiran
kerajaan negeri khususnya ketika sidang DUN termasuk bersetuju supaya
Ketua Menteri, Lim Guan Eng meletak jawatan kerana dituduh rasuah dan
mendesak supaya jawatan Ketua Menteri dihadkan hanya dua penggal.
Ekoran kelantangannya itu, Yee Cheu ditekan kerajaan negeri dan
pemimpin DAP termasuk disekat peruntukan bagi pusat khidmatnya selain
kakitangannya turut dipecat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan