KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad lebih sesuai berkhidmat di
Klinik 1Malaysia berbanding menyertai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),
demikian sindiran yang diberikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
Ujar beliau dengan usia yang sudah melebih 90 tahun, adalah lebih baik
mencurahkan kebajikan kepada rakyat dengan ilmu dalam bidang kedoktoran
yang dimilikinya.
“Patutnya dia doktor, kerja di Klinik 1Malaysia, percuma kerja di situ
buat kebajikan itu patutnya. Ini suruh bertanding pilihan raya, kasihan
dia,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Titi Kuala Juru di
Juru, Pulau Pinang yang disiarkan secara langsung melalui Facebook
beliau hari ini.
Dr. Mahathir menjadi calon paling tua untuk bertanding dalam PRU14 selepas dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen Langkawi.
Pengumuman pencalonan ahli politik berusia 93 tahun itu dilakukan oleh
Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam ceramah
gabungan pembangkang PKR di Bulatan Lapangan Terbang Padang Mat Sirat,
Langkawi semalam.
Kali terakhir Dr Mahathir bertanding pada pilihan raya ialah Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.
Selain itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dinamakan bakal bertanding di
Parlimen Jerlun dan juga DUN Jitra manakala Wan Saiful Wan Jan,
dinamakan sebagai calon di Parlimen Pendang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan