JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid
Hamidi hadir dalam perjumpaan tertutup dan makan malam bersama-sama
Barisan Nasional (BN) Johor di Grand Paragon Hotel di sini malam ini.
Naib Presiden UMNO itu bersama-sama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis
hadir pukul 6.30 petang dengan diiringi Pengerusi Badan Perhubungan BN
negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Besar.
Yang turut hadir Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong
merangkap Pengerusi MCA negeri; Pengerusi MIC negeri, Datuk M. Asojan
dan Pengerusi MyPPP negeri dan Datuk Dr. Siva Kumar.
Hadir sama Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad;
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md. Jais Sarday;
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim,
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan dan Pengerusi
Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk
Ir. Hasni Mohamed.
Difahamkan dalam majlis berkenaan Zahid dan Mohamed Khaled menyampaikan
amanat kepada kira-kira 150 anggota jawatankuasa tertinggi parti,
ketua-ketua bahagian dan naib-naib ketua bahagian BN seluruh Johor.
Majlis berlangsung selama kira-kira dua jam itu merupakan sebahagian
daripada program dihadiri beliau selama dua hari di Johor bermula petang
tadi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan