ALOR SETAR: Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis hari
ini dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) yang bermula dua minggu lalu dengan jaminan RM100,000
dan seorang penjamin.
Pembebasan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Tertinggi Mahkamah
Rendah Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim di Kompleks Mahkamah
Alor Setar, di sini.
Lelaki berusia 60 tahun itu ditahan reman sejak 30 Januari lalu bagi
membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM serta
Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA)
2001.
Akhbar sebelum ini melaporkan SPRM menahan tiga individu termasuk
Pengarah JPS Perlis kerana dipercayai terlibat dalam kes salah guna
kuasa dan rasuah.
Suspek disyaki menerima wang rasuah sebanyak 10 peratus bagi setiap
projek yang dianugerahkan oleh JPS Perlis kepada kontraktor-kontraktor
dilantik sejak tahun 2014 hingga 2017.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan