Selasa, 13 Februari 2018

Pelajar maut terkena bilah pisau pemotong rumput

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
GEMAS: Seorang pelajar perempuan maut manakala dua lagi pelajar lelaki cedera akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa dikenali, Nur Afini Roslan, 14, pelajar Tingkatan 2, meninggal dunia di tempat kejadian.
 
“Nur Afini maut selepas kepalanya terkena bilah pisau traktor mesin rumput yang sedang memesin rumput di padang sekolah itu. Manakala dua lain yang cedera ialah Abdullah Hazlan, 14, Tingkatan 2 dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, Tingkatan 1.
 
“Abdullah cedera di bahagian telinga kanan, sementara Mohd Farhan Reza cedera di bahagian belakang kepala. Mereka yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Gemas untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat, dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian.
 
Hamazah berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa berada di padang sekolah itu ketika pemandu traktor menjalankan kerja memesin rumput di padang sekolah itu.
 
 
 

Tiada ulasan: