KUALA LUMPUR: Undang-undang untuk mengekang berita palsu di laman
internet dijangka dibentang ke Kabinet selepas Tahun Baru Cina.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman
Said, draf mengenai perincian itu termasuk mengenai definisi berita
palsu dan hukuman yang sesuai kepada penyebar berita palsu.
Katanya, sebanyak tiga sesi perbincangan diadakan dengan pelbagai pihak
termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil media, agensi
undang-undang serta pemimpin masyarakat mengenai undang-undang berita
palsu itu.
Katanya, kebanyakannya membangkitkan mengenai definisi berita palsu dan
pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasa undang-undang
berkenaan.
"Selain itu, ada yang membangkitkan mengenai penubuhan entiti dan
agensi yang khusus untuk menilai mengenai berita palsu dan isu perbezaan
berita palsu dengan komen awam dalam media sosial, " katanya pada
sidang media selepas merasmikan Seminar dan Diskusi Khas Hala Tuju
Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) di sini, hari iniSID
Tiada ulasan:
Catat Ulasan