Jumaat, 9 Februari 2018

Mahkamah tetapkan 20 Feb dengar rayuan Mukhriz

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 20 Feb untuk mendengar rayuan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berhubung pemecatannya dan permohonan untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
Tarikh itu diputuskan semasa pengurusan kes hari ini, lapor Malaysiakini.
 
Menurut Peguam Ilyani Khuszairi yang dipetik portal itu, kedua-dua pihak telahpun mengemukakan penghujahan bertulis mengenai kes itu.
 
Mukhriz pada awal saman fitnahnya terhadap setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad memfailkan prosiding menghina terhadap perdana menteri, susulan kenyataan yang dikeluarkan di blog perdana menteri itu pada 7 Julai 2017 iaitu enam hari sebelum perbicaraan.
 
Mukhriz mengadu kenyataan itu adalah sama dengan kenyataan akhbar ketiga dan keempat yang dikeluarkan oleh Tengku Sariffuddin.
 
Najib dalam kenyataan itu memberi amaran bahawa usaha Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu bapa Mukhriz, untuk menyingkirkannya tidak boleh dibenarkan berjaya atau bekas perdana menteri itu bakal menuntut peletakan jawatan perdana menteri lain pada masa depan.
 
Bagaimanapun, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam penghakimannya berkata kenyataan yang dimuat naik oleh perdana menteri di dalam blognya pada 7 Julai lepas, enam hari sebelum perbicaraan kes yang ditetapkan pada 13 Julai, tiada kaitan dengan perbicaraan kes saman berkenaan.
 
Dalam keputusannya, Ahmad Zaidi mendapati Mukhriz gagal membuktikan keadaan prima facie kenyataan dalam blog Najib merujuk kepada pernyataan tuntutan kes saman fitnah dikemukakan Mukhriz terhadap Tengku Sarifuddin, yang memberikan bebanan dan tekanan kepada mahkamah membuat keputusan.
 
 

Tiada ulasan: