Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: PKR Pulau Pinang menafikan kenyataan ADUN Penanti, Norlela
Ariffin yang memberitahu dirinya berkemungkinan 'disingkirkan' selepas
namanya tidak berada dalam senarai calon parti itu untuk Pilihan Raya
Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman berkata apa yang
menghairankan bagaimana Norlela boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian
sedangkan parti masih belum memuktamadkan senarai calon di peringkat
negeri.
"Bagaimana dia tahu? Kita tak tunjuk kepada siapa-siapa pun senarai (calon).
"Kita tak 'finalize' lagi senarai calon, dan kita tak pernah bincang dengan ADUN-ADUN kita," katanya kepada Antarapos.
Semalam Norlela yang dipetik Malaysiakini berkata, dirinya mungkin
tidak akan mempertahankan kerusi DUN Penanti yang disandangnya sejak
PRU13 yang lalu itu.
Wakil rakyat PKR itu berkata ini berikutan namanya tidak berada dalam senarai yang dicalonkan oleh parti.
Kenyataan itu sekaligus menimbulkan spekulasi beliau digugurkan
berikutan kritikan lantangnya terhadap beberapa isu di negeri pimpinan
Lim Guan Eng itu.
Bagaimanapun ujar Norlela, beliau kemungkinan dipindahkan ke kerusi lain di luar Pulau Pinang.
Laporan portal itu menyebut, difahamkan Norlela berkemungkinan besar
akan bertanding di Kajang, Selangor, yang kini dipegang oleh Presiden
PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Mansor yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal menafikan desas-desus
bahawa Norlela tidak disenaraikan sebagai bakal calon PRU14 berikutan
sikap lantangnya menegur kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang
pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
"Takkan dia lantang kita nak buang dia? Lagi lah kita nak simpan," katanya.
Ditanya sama ada PKR akan terus mengekalkan Norlela di DUN Penanti,
Mansor bagaimanapun berkata setiap orang mempunyai peluang untuk
bertanding di kerusi tersebut, termasuk pemimpin wanita itu sendiri.
Norlela memenangi kerusi Penanti pada PRU13 ketika menggantikan Mansor sendiri yang bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal.
Beliau agak lantang dalam memperjuangkan isu berkaitan penduduk kawasan yang diwakilinya.
Beliau juga kebelakangan ini dilihat agak terbuka mengeluarkan
kenyataan yang disifatkan 'bertentangan' dengan pendirian kerajaan
negeri Pulau Pinang.
Antaranya, beliau mengucapkan 'terima kasih' selepas Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu sebuah kilang di Sungai
Lembu, yang beroperasi secara haram sehingga menimbulkan masalah kepada
alam sekitar,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan