SHAH ALAM: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad akan dipanggil pada “bila-bila masa”
berhubung dakwaan hubungan sulit melibatkannya dengan wanita berstatus
isteri orang.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Portal BNBBC yang memetik beliau sebagau berkata, siasatan lanjut masih
dijalankan susulan tindakan Jabatan Peguam Negara yang mengembalikan
kertas siasatan berkenaan.
“Kami hantar tiga kali. Kemudian kami perlu siasat balik selepas terima arahan,” katanya dipetik portal berkenaan.
Bagaimanapun Mohamad Fuzi enggan mengulas sama ada polis sudah merekod keterangan Dzulkifli.
Sebelum ini Mohamad Fuzi berkata Dzulkifli akan disiasat mengikut
Seksyen 498 Kanun Keseksaan susulan penyebaran tiga video pendek beliau
berada di luar negara bersama seorang wanita yang menjadi tular di media
sosial.
Rakaman itu mendakwa Dzulkifli terlibat dalam hubungan sulit, sehingga menjadi punca penceraian wanita itu.
Seksyen 498 Kanun Keseksaan menyebut adalah satu kesalahan “memikat
atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan
tujuan untuk mengadakan hubungan seks.”
Pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun, dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini meminta
semua pihak memberi peluang kepada Jabatan Peguam Negara menyiasat kes
video dikaitkan dengan pegawai kanan SPRM itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan