MALAYSIAKINI
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor sering menjadi mangsa khabar angin dan spekulasi.
Malah ada di kalangan pembangkang menuduh Rosmah dalang di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sebagai contoh, ketika Rosmah dipetik dalam laporan berita semalam yang berkata pilihan raya umum mungkin diadakan sebelum Julai tahun depan, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad tidak lepaskan peluang mengulas tentangnya.
“Kita mesti percaya benda ni... sebab ni ayat PM... eh... isteri PM,” katanya melalui Twitter.
Berucap dalam sebuah forum di Melaka hari ini, isteri pedana menteri itu mengulas tentang khabar angin lain yang dikaitkan dengannya berkenaan kemungkinan bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Rosmah berkata khabar angin itu malah mendakwa beliau sudah kenal pasti tempat untuk bertanding.
Menafikan dakwaan itu sebagai tidak benar, Rosmah berkata beliau tidak berminat dengan politik atau bertanding dalam pilihan raya.
“Sebagai isteri perdana menteri, saya cuma berhasrat untuk menyokong suami saya Datuk Seri Najib. Saya tidak berminat (terlibat) dalam politik,” katanya dipetik sebagai berkata oleh Sin Chew Daily.
Rosmah turut menggersa orang ramai tidak percaya pada dakwaan terhadapnya yang disebarkan di media sosial, terutamanya jika datang daripada pembangkang.
osmah menasihati isteri-isteri pemimpin wakil BN yang bakal bertanding agar turut serta membantu suami mereka berkempen dalam pilihan raya akan datang.
Beliau berkata mereka tidak seharusnya cuma berminat menyertai suami untuk lawatan luar negara.
Semalam, The Malaysian Insight melaporkan Rosmah berkata bahawa Najib meminta pendapatnya berkenaan tarikh pilihan raya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan