KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Harapan (PH) mengadakan protes terhadap kenaikan harga minyak di luar Parlimen petang ini.
Protes hambar itu hanya disertai lapan peserta sahaja yang turut
memasang khemah di kawasan berkenaan, demikian menurut laporan
Malaysiakini.
Berdasarkan satu rakaman video, sekumpulan pegawai Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) dilihat membuka semula satu khemah peserta ekoran ia
menganggu tempat awam.
Protes tersebut bermula tengah malam semalam dan dijangka berakhir pada
jam enam petang Rabu ini, apabila harga bagi RON95, RON97 dan diesel
untuk minggu berikutnya diumumkan.
Ketua Polis Dang Wangi Shaharudin Abdullah berkata, polis telah
menasihatkan peserta agar menamatkan protes itu dan akan terus memantau
mereka.
Ketika protes bermula semalam, polis turut mengarahkan mereka mengemaskan empat khemah yang dipasang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan