KLANG: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didesak
penduduk di Kg. Sungai Sireh Tambahan untuk menyelesaikan masalah
berhubung pemilikan tanah rizab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Sekumpulan penduduk melakukan bantahan secara aman itu pada pagi tadi
sambil membawa plakad "MB jangan main politik", "Kami mahu hak kami",
"Mana janji peduli rakyat".
Ketua Penerangan Persatuan Penduduk Kg Sungai Sireh Tambahan Kawasan
KTMB, Aladin Sutan Khan berkata, Mohamed Azmin tidak perlu mempolitikkan
isu pemilikan tanah orang kampung, tetapi menyelesaikan masalah yang
dihadapi penduduk.
“Kerajaan PKR sejak zaman pemerintahan Menteri Besar dahulu, Tan Sri
Khalid Ibrahim memberikan borang 5A pemilikan tanah pada tahun 2012,
namun sehingga kini lima tahun sudah berlalu masih lagi tiada jawapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan