Pengusaha
Stesen Minyak Caltex, Fadzilah Abdul Hamid melekatkan tangannya
menggunakan gam pada lantai ketika melakukan protes mengenai isu
penganiyaan pengusaha stesen minyak caltex di Menara Millenium, Kuala
Lumpur. foto IQBAL BASRI,
KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengusaha stesen minyak merayu
kepada pentadbiran tertinggi Chevron supaya menyelesaikan beberapa
tuntutan yang dibuat olehnya di luar mahkamah.
Fazillah Abdul Hamid, 57, ketika ditemui MalaysiaGazette
mendakwa, ketika ini pihak pentadbiran stesen minyak Caltex, di Malaysia
itu enggan bertemu dengannya untuk berbincang mengenai perkara
tersebut.
Katanya, beliau telah menerima satu notis saman yang dihantar oleh
syarikat berkenaan meskipun syarikat itu sebelum ini memberi tempoh 30
hari untuk kedua-dua belah pihak menyelesaikan tuntutan masing-masing.
“Saya cuma nak mereka turun dan datang bincang berkenaan perkara ini.
Tak perlulah pergi ke mahkamah. Ini mereka nak tarik saya pergi
mahkamah pasal apa.
“Mereka tau saya tak boleh lawan sebab itu mereka bawa perkara ini ke
mahkamah. Ada tuntutan yang harus mereka bayar kepada saya,” katanya.
Terdahulu, Fazillah bersama bersama anggota Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) pergi ke pejabat syarikat berkenaan di Menara Millenium
di sini.
Geram kerana tidak mendapat layanan, Fazillah membuat keputusan
melekatkan tangannya ke lantai lobi bangunan pejabat syarikat berkenaan
menggunakan gam Super Glue. Pengusaha
Stesen Minyak Caltex, Fadzilah Abdul Hamid melekatkan tangannya menggunakan gam pada lantai ketika melakukan protes mengenai isu
penganiyaan pengusaha stesen minyak caltex di Menara Millenium, Kuala
Lumpur. foto IQBAL BASRI
Kemelut antara kedua-dua pihak ini bermula apabila kesemua 15
pengusaha stesen minyak Caltex berkenaan menerima notis 30 hari untuk
menutup stesen minyak masing-masing, iaitu enam hari selepas sambutan
Aidilfitri.
Menurut mereka, tindakan tanpa alasan yang diberikan itu menyebabkan kira-kira 200 kakitangan hilang pekerjaan.
Dalam pada itu Fadzillah turut mendakwa, pengurusan Chevron
mengenakan bermacam-macam syarat jika mahu perbincangan diadakan
diantara mereka.
Katanya, antara syarat yang dikenakan oleh Chevron iaitu tidak perlu membincangkan mengenai penamatan yang telah dibuat.
Sementara itu, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi berkata,
pihaknya kesal dengan apa yang dilakukan oleh Chevron terhadap
pengusaha-pengusaha stesen minyak berkenaan. Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusof Azmi (empat kiri) bergambar sambil memegang kain rentang boikot ketika melakukan protes
mengenai isu penganiyaan pengusaha stesen minyak caltex di Menara
Millenium, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI,
Katanya, apa yang dilakukan oleh pengurusan syarikat berkenaan
seolah-olah ‘tidak berhati perut’ kerana mereka yang terlibat sudah
tertindas dengan apa yang dialami.
“Manalah mereka nak cari duit untuk nak bawa perkara ini ke mahkamah. Kita nak perkara ini diselesaikan dengan cara baik.
“Perkara ini mudah sahaja, mereka bayar balik apa yang telah mereka
ambil daripada pengusaha-pengusaha ini. Tidak ada perkara lain pun yang
diminta.
“Tak perlulah bawa perkara ini ke mahkamah. Mereka itu syarikat
jutawan takkan nak buat orang macam ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan