KUALA LUMPUR – Lapan lelaki disyaki anggota kumpulan militan, termasuk lima yang
mempunyai kaitan dengan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG), ditahan, kata Ketua
Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Semua
suspek ditangkap oleh Bahagian Anti Keganasan Khas Bukit Aman dalam
operasi di Sabah, Selangor dan Perak antara 27 September dan semalam.
Beliau
berkata, dalam penangkapan pertama iaitu pada 27 September, dua rakyat
Malaysia, dua warga Filipina dan seorang lagi yang juga warga Filipina
dengan status Penduduk Tetap Malaysia ditahan di Sandakan, Sabah.
Beliau berkata, pihaknya percaya mereka sedang mengaturkan perjalanan bagi membolehkan militan Abu Sayyaf masuk ke Malaysia.
Penangkapan
kedua di Selangor pada 1 Oktober pula menyaksikan seorang lelaki warga
Albania berusia 35 tahun, yang juga pensyarah jemputan di sebuah
universiti awam tempatan.
“Perisikan
menunjukkan bahawa dia mempunyai hubungan dengan militan IS di luar
negara,” katanya yang dipetik daripada The Star Online.
Sementara
itu, dua lagi suspek yang ditahan pernah ditangkap sebelum ini kerana
mempunyai kaitan dengan keganasan pada Februari 2013, manakala, seorang
suspek pula adalah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
“Kami
percaya dia telah merekrut penghuni di Penjara Tapah dan merancang
melancarkan serangan di tempat ibadat milik orang Islam, Kristian dan
Hindu.
“Matlamatnya
adalah untuk mencetuskan konflik agama dan bangsa di negara ini,”
katanya, sambil menambah bahawa suspek dikatakan melindungi satu
daripada militan Tandzim Al-Qaeda Malaysia (TAQM).
Mohamad
Fuzi berkata, suspek lain seorang lelaki berusia 37 tahun dipercayai
telah merekrut dua rakyat Malaysia untuk menyertai TAQM dengan bantuan
suspek pertama dan kedua-dua suspek ditahan semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan