Jumaat, 6 Oktober 2017

[KEMASKINI] Pecah botol arak depan SUK, Jamal direman tiga hari

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos direman selama tiga hari sehingga Ahad ini berikutan insiden kekecohan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), semalam. 
 
Jamal dan tujuh pekerjanya disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai satu perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kemudaratan awam ekoran tingkah laku yang dilakukan oleh peserta himpunan.
 
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret P. Sarulatha pada jam 12 tengah hari tadi.
 
Dalam pada itu peguam yang mewakili Jamal, Khairul Anuar Kashim memaklumkan Jamal dan tujuh yang lain ditahan polis di sebuah restoran di Sekinchan, Sabak Bernam sekitar 1.45 pagi tadi.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi semalam, sekumpulan lelaki 25 orang diketuai Jamal mengadakan sidang media membantah penganjuran 'The Better Beer Festival 2017'.
 
Kekecohan berlaku ketika mereka membawa 10 kotak berisi botol bir dan bertindak memecah kesemua botol berkenaan dengan batang penukul di hadapan pintu pagar utama banguan berkenaan.
 
Terdahulu Jamal dan tujuh yang lain tiba di Mahkamah Shah Alam pada jam 10.55 pagi tadi dengan menaiki Black Maria

Tiada ulasan: