KOTA BHARU: Dijangka 30 hingga 40 peratus muka baru bakal dipilih
bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke
14 (PRU 14) di negeri ini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed
berkata, pihaknya sudah dua kali menyaring nama-nama calon sebelum
tapisan terakhir dilakukan dalam tempoh sebulan lagi.
Beliau berkata, kali pertama saringan calon dilakukan adalah pada tahun lalu.
"Kita mengambil pendekatan mengemukakan antara tiga hingga empat nama
bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jadi sudah tentu muka
baharu itu ramai.
"Setakat ini saya sudah berjumpa secara individu dengan hampir kesemua
Ketua Bahagian untuk berbincang dengan teliti senarai calon dan kita
akan pilih yang terbaik sebelum diserahkan kepada Presiden Umno, Datuk
Seri Najib Tun Razak," katanya dipetik Utusan Online.
Dalam masa sama, Mustapa berkata, pihaknya sudah menubuhkan
jawatankuasa manifesto pilihan raya yang dipengerusikan Datuk Dr Awang
Adek Hussin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan