JITRA: Kementerian Pertahanan masih menunggu laporan penuh berkaitan
kes dera yang mengaitkan seorang anggota tentera dan anak tirinya
sebagaimana yang dilaporkan semalam.
Timbalan Menteri, Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata selain
menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan, kementerian
juga menyerahkan sepenuhnya kepada Panglima Angkatan Tentera untuk
mengambil tindakan lanjut terhadap anggota tentera itu, jika disabitkan
kesalahan.
"Kes ini dilihat sebagai satu penderaan (melibatkan anggota tentera dan
anak tiri)... sepatutnya tiada kaitan dengan Kementerian Pertahanan.
"Apa pun saya tidak boleh beri komen apa-apa melainkan tunggu polis
buat siasatan, sekiranya disabitkan bersalah kita serahkan pada PAT
untuk ambil tindakan," katanya selepas menghadiri program kacau bubur
asyura anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
Taman Bersatu di Jitra hari ini.
Semalam polis menahan anggota tentera itu bagi membantu siasatan kes
dera anak tirinya yang berusia 10 tahun di Indera Mahkota, Kuantan.
Turut sama ditahan adalah ibu kepada kanak-kanak berkenaan.
Difahamkan, kanak-kanak malang itu hanya tidak ke sekolah kelmarin dan
bapanya yang gagal menahan marah, dipercayai bertindak di luar batasan
dengan menghukum anaknya itu.
Polis menemui kanak-kanak berkenaan yang lehernya diikat menggunakan
rantai dan mengunci pad atong gas sebelum ditinggalkan di ruang dapur
rumah mereka.
Abdul Aziz berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu
kini direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta
Kanak-kanak (Pindaan) 2016.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan