Gambar yang tular di media sosial.
Naib Canselor Unimap, Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, kejadian berkenaan disedari pengawal keselamatan yang berada berhampiran kawasan berkenaan.
Menurutnya, pengawal terbabit kemudiannya segera naik ke tingkat tiga bangunan berkenaan untuk membuat pemeriksaan lanjut.
"Sebaik tiba di tingkat atas, pengawal keselamatan nampak asap tebal dan dia segera membuat panggilan bomba untuk minta bantuan," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Menurutnya, kebakaran kecil ini berlaku di tingkat tiga, yang menempatkan pusat kerjasama industri.
"Mujur juga kejadian ini berlaku selepas tamatnya waktu pejabat, jadi memang tak ada orang dalam pejabat ketika itu," katanya.
"Setibanya di lokasi, kelihatan 70 peratus kepulan asap memenuhi ruang pejabat.
"Pihak bomba kemudiannnya memecahkan siling bagi mengenalpasti punca asap tebal di ruang pejabat berkenaan," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan