SIBU: Seorang murid lelaki Tahun Satu sekolah berasrama di Bahagian
Kapit meninggal dunia di Hospital Sibu pada petang Khamis dipercayai
akibat dibelasah seorang murid Tahun Enam sekolah itu Selasa lalu.
Mangsa dikatakan telah ditumbuk di bahagian kepala dan disepak di
bahagian badan sambil mulutnya ditutup dengan menggunakan sehelai
selimut.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Amer Awal yang dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurut beliau, mangsa meninggal dunia di Hospital Sibu pada 3.30 petang.
“Mangsa mengalami cedera parah di kepala akibat dipukul dan lebam di
badan. Siasatan awal mendapati mangsa telah dibelasah di asramanya pada
tengah malam Selasa sebelum dikejarkan ke hospital Kapit,” katanya.
Seorang murid telah ditahan untuk disiasat namun dibebaskan dengan
jaminan polis kerana akan menjalani peperiksaan UPSR pada September,”
katanya.
Satu pasukan khas yang diketuai Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian telah ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan