SELEPAS 32 tahun peristiwa Memali 1985 berlaku,
kejadian itu menjadi buah mulut dan semakin panas diperkatakan selepas
ia dibangkitkan di dalam program Nothing To Hide 2.0 yang dihadiri oleh
bekas Perdana Menteri Tun Mahathir.
Malahan peristiwa Memali itu menjadi luka yang tidak pernah sembuh
bagi umat Islam di negara ini apatah lagi apabila peristiwa itu
diperkatakan semula.
Ekoran itu, Dewan Pemuda PAS Kedah bersama Pemuda PAS Kawasan Baling
akan mengadakan ceramah Isu Memali yang akan disampaikan oleh anak-anak
mangsa Memali pada malam esok 19 Ogos di Tapak Pasar Malam iaitu
bersebelahan petronas Parit Panjang (Makam Syuhada Memali).
Antara anak-anak mangsa yang akan berada di pentas ceramah itu nanti,
Mohd Rosli Azmi, Yusni Mat Piah, Mohamad Zuhdi Mat Piah dan Shafirol
Rozali.
Turut bersama di dalam ceramah yang akan bermula jam 9.00 malam itu,
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhamad Sanusi Md Nor, Ketua Pemuda PAS
Kedah Salim Mahmood, YDP PAS Kawasan Baling Hassan Saad, dan Ketua
Pemuda PAS Kawasan Baling Roshidi Md Arof.
Orang ramai yang mahu mendengar sendiri luahan anak-anak mangsa Memali, dijemput beramai-ramai di dalam ceramah itu nanti. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan