Khamis, 6 Julai 2017

Zeti tak mahu 'bercakap' dengan media lagi

 


Bekas gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memutuskan untuk tidak lagi diwawancara media setelah menerima pengajarannya.

"Saya tidak lagi mahu diwawancara, saya sudah mendapat pengajaran," katanya pada satu majlis di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun, Zeti tidak memberikan apa jua alasan bagi menolak wawancara media bersama beliau di masa depan.

Apabila ditanya sama ada apakah kerana beliau lantang dalam suatu wawancara baru-baru ini, Zeti berkata, beliau hanya bercakap dengan media sempena ulang tahun ke-20 Krisis Kewangan Asia (29 Jun).

"Tidak, (saya tidak lantang). Saya tidak pernah berikan sebarang wawancara selama setahun," katanya.

Zeti bersara pada 30 April 2016 selepas 16 tahun menerajui bank pusat itu.

Ditanya apakah cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas kerugian forex akan memberi kesan kepada bank pusat itu, Zeti bertegas untuk tidak mengulas.

Tiada ulasan: