Ahad, 2 Julai 2017

Pemuda didenda RM10,000 selepas cuba rasuah polis RM1,000

ANTARAPOS.COM

Post Pic

 
KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda berusia 22 tahun dikenakan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 kerana cuba merasuah seorang anggota polis dalam satu kejadian pada Februari tahun lalu.
 
Amir Khairi Hirman Mansor yang bekerja sendiri didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
 
Dalam pengakuannya dia mengaku memberi suapan kepada anggota polis agar tutup mulut setelah hasil saringan air kencingnya didapati positif dadah jenis methamphetamine.
 
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz juga menetapkan hukuman penjara enam bulan jika Amir Khairi gagal menjelaskan denda tersebut.
 
Tertuduh bagaimanapun membayar denda berkenaan.
 
Berdasarkan fakta kes, tertuduh cuba memberikan suapan sebanyak RM1,000 kepada Koperal Carsten Anak Wilson dari Bahagian Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Manir, di sini, pada 10 Februari 2016 jam 2.55 petang di balai polis itu.
 
 

Tiada ulasan: