PETALING JAYA: Presiden Kempen Pelangi, Numan Afifi yang dikaitkan
dengan penganjuran program “Iftar Gay” Jun lalu sah melepaskan jawatan
dalam DAP bagi mengelakkan persepsi buruk terhadap partinya.
Beliau menyandang jawatan setiausaha publisiti Pemuda DAP Subang dan
ahli jawatankuasa DAP Bandar Utama. Katanya dipetik sebuah portal,
beliau melepaskan jawatan berkenaan atas kerelaan sendiri.
“Saya lepaskan jawatan sebab tidak mahu timbul salah faham, sebab orang
cuba kait dengan DAP. Jadi, saya tidak mahu salah faham itu
berterusan,” katanya.
Numan sebelum ini dikaitkan dengan Kempen Pelangi, yang menganjurkan program buka puasa bersama golongan homoseksual.
Ia dianjurkan bagi mewujudkan dialog antara masyarakat heteroseksual
dan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
“Hasratnya ialah untuk balik kepada asas dan berdialog antara satu sama
lain, berkenalan dengan pegangan, budaya dan identiti masing-masing
supaya kasih sayang dapat disebarkan,” kata Kempen Pelangi dalam
kenyataan sebelum ini, dan menambah program itu diadakan bersempena
“LGBT Pride Month”, yang menganjurkan pendekatan positif terhadap
golongan kontroversi itu.
Numan menjelaskan beliau melepaskan semua jawatan hari ini, selepas
terpilih untuk menggalas jawatan berkenaan dalam pemilihan DAP Subang
dan DAP Bandar Utama 2 bulan lalu.
“Saya mahu fokus apa saya buat sebab mesej sebenar yang saya lakukan
sebelum ini disalah tafsir. Mesej nak kita bawa sebenarnya hak asasi
manusia,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan