DETIK DAILY
MERAMALKAN tarikh pilihan raya bukan tugas mudah
namun terdapat petunjuk yang Perdana Menteri Najib Razak sekali lagi
memikirkan untuk mendapatkan mandat baru tahun ini.
Beliau
mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan, memuji, memperkatakan
mengenai rekod baik dalam menguruskan ekonomi dan memperlihatkan
dirinya sebagai seorang yang sepenuhnya berkuasa di Umno.
Mesej
disampaikan kepada broker Umno tidak dapat disangkal lagi: Najib adalah
taruhan terbaik mereka untuk mengalahkan Dr Mahathir Mohamad dan
sekutu terbaru beliau.
Dan apabila diperlukan, PM dan
penasihatnya menggunakan pendekatan, menegaskan kepada penjawat awam
yang jaminan pekerjaan dan kebajikan mereka mempunyai kaitan terus
dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14).
Najib turut digalakkan untuk mempertimbangkan pilihan
raya diadakan pada hujung tahun ini dengan keputusan syarikat petroleum
nasional Petronas untuk membayar dividen tahunan kepada kerajaan awal
daripada jangkaan. The Malaysian Insight difahamkan, keputusan mengenai
perkara ini dibincangkan Petronas dengan PM baru-baru ini.
Petronas
berjanji menyumbangkan sekurang-kurangnya RM13 bilion tahun ini,
penurunan daripada RM16 bilion tahun lalu walaupun harga minyak
sepatutnya meningkatkan bayaran dividen tahun ini.
Sumber
dalaman Umno juga percaya kerajaan perlu membuat satu atau dua kali
bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum pilihan raya untuk
memenangi hati penyokong tradisi BN – golongan miskin bandar dan
penjawat awam – yang terjejas teruk dengan kenaikan kos sara hidup.
Menurut sumber, dividen awal Petronas itu akan membolehkan pentadbiran dengan pendapatan terhad membuat pemberian wang tunai.
Turut
dijangka berlaku adalah lawatan delegasi peringkat tertinggi dari
China untuk menyaksikan pelancaran Link Pantai Timur (ECRL) pada
September.
ECRL adalah salah satu projek infrastruktur utama
yang melibatkan China dan merupakan sebahagian besar daripada naratif
Najib yang walaupun semua liputan negatif berkisar 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penglibatannya, beliau masih
dapat menarik pelaburan berharga ke Malaysia.
Di dalam Umno,
ini persoalan yang sentiasa membingungkan: apakah ada kelebihan
mengadakan pilihan raya tahun ini atau sebelum mandat tamat pada
pertengahan 2018?
Pendapat untuk mengadakan pilihan raya awal
mengeluarkan hujah makro ekonomi adalah baik; kedudukan Najib dalam
Umno sangat kukuh dan kekuatan pembangkang tidak setanding seperti
semasa 2013.
Tambahan pula, selagi Abdul Hadi Awang mengetuai
PAS, tiada peluang untuk parti Islam itu berkerjasama dengan Pakatan
Harapan (PH), menggagalkan pilihan pembangkang bagi pertandingan satu
lawan satu di semua kawasan pilihan raya.
Mereka yang berpihak
kepada Najib mendesaknya mengadakan pilihan raya tahun depan kerana
berpendapat masih banyak perkara perlu dilakukan untuk mengurangkan
kemarahan rakyat bawahan dengan kos sara hidup yang meningkat. Juga
keadaan politik di Sabah dan kubu kuat Umno di Johor yang tidak
menentu.
Ia terbukti semasa Abdullah Badawi memohon mandat baru
daripada rakyat pada 2008 dengan banyak masalah bawahan yang belum
diselesaikan.-The Malaysian Insight
Tiada ulasan:
Catat Ulasan