Sabtu, 22 Julai 2017

Kenapa berasmara di tempat awam?


ULASAN Ketika duduk di beranda pangsapuri saya di SS2, Petaling Jaya, minggu lalu, kopi panas yang saya hirup hampir tumpah. Saya nampak satu pasangan asyik buat seks di anak tangga pangsapuri bertentangan.

Lelaki itu berbogel dari kaki ke bawah dan perempuan itu pula kain baju kurungnya diangkat.

Ketika saya bercakap perkara ini dengan anak-anak saya, mereka tidak pun terkejut. Sebenarnya ia sentiasa berlaku dari dulu hingga sekarang di kawasan kejiranan kami.

Mengenang kembali kejadian terkenal di Bangsar South tidak lama dulu, apabila satu pasangan dirakam mengadakan hubungan seks di beranda di tengah-tengah cerah waktu siang, saya fikir insiden sebegini tidak begitu mengejutkan lagi, seperti yang kita fikir.

Saya pasti ramai daripada kita pernah lihat “wayang percuma” di taman-taman dan panggung wayang – saya rasa sesetengah orang tidak rasa malu buat seks oral di tempat awam.

Tidak hairanlah ramai orang sampai jatuh kerusi menonton rakaman lelaki telanjang memuaskan diri sendiri di depan boneka pakaian di pusat beli-belah.

Kejadian sebegini berlaku di seluruh dunia. Semakan rawak di Internet menemukan saya dengan pelbagai kes “menarik” berkaitan seks terbuka di seluruh dunia – dalam jamban, 7-Eleven, kedai permainan Toys “R” Us, dalam kapal terbang, kolam dan dalam perpustakaan (saya harap mereka tidak bising).

Sebenarnya, mengadakan hubungan seks di tempat awam adalah fantasi seksual ramai orang.

Ia membangkitkan kepuasan atas pelbagai sebab. Ada orang suka dilihat ketika “aksi itu”. Ada orang suka hanya dengan kemungkinan dilihat. Yang lain didorong oleh idea tertangkap. Sebahagian lagi hanya mahu melengkapkan senarai seks mereka.

Apa pun alasan diberikan, seks terbuka dilihat nakal dan salah. Tetapi itulah yang membuatkan pelakunya seronok. Ia sebenarnya berkaitan pemberontakan tersembunyi, seronok jika mereka dapat lari daripada sesuatu.

Kejujurannya, saya tidak fikir salah untuk berseronok sedikit-sedikit. Malah, setiap perhubungan perlukan kegiatan “seronok” untuk menceriakan keadaan, terutamanya apabila keadaan menjadi bosan. Bagaimanapun, mempunyai kehidupan seks yang menarik tidak bermakna boleh menjadi tidak bertamadun.

Ada banyak lagi cara untuk mencapai keseronokan seks tanpa buat perangai seperti si bebal yang tidak bertamadun.

Kamu boleh saja sesuaikan cermin-cermin dalam bilik tidur dan anggap pantulannya sebagai orang lain yang memerhatikan.

Kamu boleh saja rakam aksi seksual sendiri dan tonton bersama pasangnya sambil makan bertih jagung.

Kamu boleh saja tempah hotel dengan cermin gelap dan menikmati keasyikannya melihat orang asing lalu-lalang tanpa dilihat.

Atau kamu boleh tempah bilik peribadi dengan taman-taman, pantai atau kolam renang tertutup supaya kamu dan pasangan boleh menikmati seks secara bebas tanpa diperhatikan orang.

Ya, kesemua cadangan ini memerlukan wang ringgit, yang mungkin menjadi masalah bagi sesetengah pasangan.

Tetapi sekali lagi, jika kewangan kamu tidak stabil, mungkin kamu patut fikir bagaimana hendak raih lebih banyak duit untuk masa depan kamu dan pasangan, daripada membazir masa bergomol dengan pasangan untuk tayangan umum.

Bagi yang mahu mengamalkan seks terbuka atas alasan lebih menyeronokkan, mungkin lebih baik kamu tahu bahawa untuk kepuasan jasmani, badan kita perlu mengeluarkan hormon adrenalin dan dopamin.

Lebih menarik, badan kita juga boleh mengeluarkan adrenalin dan dopamin selepas berlari sebatu atau selepas dikejar anjing gila.

Untuk mencapai tahap ini, kata saintis, badan manusia tidak akan dapat membezakan antara takut atau keadaan terangsang.

Secara teknikalnya, daripada berdepan risiko tertangkap di tempat awam dengan kelakuan tidak senonoh, kenapa tidak biarkan anjing gila berkhidmat untuk kamu? Tiada risiko.

Terlintas juga di fikiran, ditangkap polis dan didakwa di mahkamah atas kegiatan tidak senonoh cuma boleh mencetuskan pengeluaran adrenalin dan dopamin.

Mungkin lain kali bila saya lihat “wayang percuma” daripada beranda, mungkin saya boleh tolong mereka dengan menelefon polis. Ini pun boleh puaskan mereka kan!

Tiada ulasan: