Ahad, 2 Julai 2017

Isu Felda bukan 'mee celup'

ULASAN oleh NARAZA MUDA
Naraza Muda
     
Semasa saya hadir satu Majlis rumah terbuka di Jengka Pahang, beberapa hari lalu, dapat ketemu dengan sahabat-sahabat dari Felda berdekatan.

Mereka menagih perkembangan terkini isu yang melanda. Saya beritahu mereka jangan hanya mengejar isu terkini, isu terdahulu belum selesai. Kena terus menyelinap ke setiap rumah dalam tanah rancangan.

Isu Felda bukan untuk dimainkan diwaktu tertentu sahaja. Selepas tu senyap sunyi. Tunggu waktu sesuai dan main lagi. Jika begini bila mereka nak sedar. Keutamaan ialah kupasan isu ini bersama peneroka dan anak generasi pewaris mereka.

Bukan hanya berlegar di paparan akhbar bagai melepas batok ditangga. Nak hanya keluar berita sahaja, tapi kupasan dan penjelasan tidak sampai ke mereka.

Saya cuba memberi sedikit kupasan dan hujah isu yang perlu kita terus berjuang dan beri kesedaran kepada peneroka antaranya:

1. Menyingkir KPF Dari Felda Holdings

KPF yang menguasai 51 peratus ekuiti dalam Felda Holdings Berhad (FHB) telah ditendang keluar dari Felda apabila perwakilan bersetuju menyerahkan 112,199,999 kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVH) dengan kaedah mengangkat tangan tanpa melalui penerangan dan taklimat khas berkaitan. Sejarah hitam ini berlaku pada 27 Oktober 2013 jam 10 pagi di Dewan Banquet Menara Felda.

Penyingkiran KPF dari dari menguasai FHB dengan 51 peratus pegangang saham yang sebelum ini menjadi kebanggaan peneroka Felda telah membuka mata peneroka felda seluruh negara. FGV telah mengambil alih semua kepentingan 112,199,999 unit saham bersamaan 51 peratus dengan nilai yang sangat tidak munasabah iaitu RM2.2bilion ataupun RM19.61sesaham.

2. Menyingkir 37 Pegawai Kanan Yang Tidak Setuju Penyenaraian FGV

Ini yang amat malang dalam dunia FELDA bilamana mereka yang amanah, setia dan sangat berintergriti memacu Felda sehingga berada di kedudukan cemerlang sehinggalah kehancuran selepas diambil alih oleh Isa.

3. Merampas Ladang Sawit 360,000 Hektar

Tanah atau ladang yang selama ini menjadi pendapatan kumpulan, telah diserahkan secara pajakan kepada FGV. Pendapatan yang dijana hasil dari tanah ini mencecah RM1.2 hingga RM1.8bilion setahun, kini sudah dikongsi dengan pemegang saham FGV seluruh dunia dan kehilangan besar kepada pendapatan Felda.

4. Menghentikan Peruntukan Pembangunan Sosial Kepada Peneroka

Apabila pendapatan dari tanah 360,000 hektar sudah tidak menjadi milik felda, peneroka Felda tidak lagi disalurkan peruntukan RM60juta setahun seperti sebelum ini. Ini menyebabkan banyak program sosial peneroka tidak dapat dilaksanakan.

5. Pembelian Aset Mewah Dengan Harga Tinggi Dari Harga Semasa

Selepas penyenaraian FGV, Felda dan FGV di bawah Tan Sri Isa Samad, mulai berbelanja mewah. Pembelian tanah perladangan dan perhotelan serta ambil alih Syarikat di dalam dan luar negara telah dibuat, antaranya :

• RM1.2bilion digunakan untuk mengambil alih saham Pontian United Palntation Berhad.
• RM548 juta untuk pembelian Grand Plaza Service Apartment.
• RM86 juta pembelian Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu Sabah.
• RM110.3juta mengambil alih 25 peratus saham Iris Corporation Berhad.
• RM304 juta Pembelian Hartanah di Bukit Katil Melaka

6. Skandal Ikan Sturgeon

Projek yang bernilai RM135juta dinamakan Projek Felda Carviartive Blue Dream Park terletak di Kuala Tahan, Jerantut Pahang. Projek yang menggunakan teknologi Korea Selatan ini didakwa mampu menghasilkan 30 metrik tan karvia setahun dan menjana pulangan RM360 juta setahun. Harga semasa telur ikan ini mencecah RM12,000 sekilogram. Laporan ketua juru audit negara mengesahkan RM47.6 juta lesap tanpa dapat dikesan.

7. Skandal Penjualan TRT- ETGO

Felda Global Vantures Holdings Berhad (FGV) menjual keseluruhan kepentingannya dalam Twin Rivers Technologies Enterprises de Transformation de Granines Oleagineuses du Quebec Inc (TRT- ETGO) dengan nilai AS$180 juta atau RM608.2 juta, isu ini terus menjadi tanya rakyat Malaysia kerana pihak FGV tidak pernah menjelaskan kedudukan keuntungan yang didakwanya mencecah RM6

Tiada ulasan: