KUALA LUMPUR: Bekas pembantu rumah pengasas rangkaian produk kosmetik
D’Herbs Healthy Sdn Bhd (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman atau
'Abang Terlajak Laris' dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang dekat
sini hari ini atas tuduhan mencuri tiga utas gelang emas berjumlah lebih
RM1,500, bulan lalu.
Sundari, 40, yang merupakan warga Indonesia mengaku tidak bersalah
sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.
Mengikut pertuduhan, Sundari didakwa mencuri tiga utas gelang emas
berjumlah RM1,509.14 di sebuah rumah, di Lot 3024, Jalan Melati, Kampung
Damai Kuang di sini pada pukul 4 pagi, 18 Jun lalu.
Pertuduhan terhadap wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 381 Kanun
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan
denda, jika sabit kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan