Sabtu, 18 Februari 2017

Seorang lagi suspek bunuh Jong Nam ditangkap

Polis menahan seorang lelaki, yang memiliki pasport Korea Utara, dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, lewat malam semalam.


Chang-Keong_polis_600new


PETALING JAYA: Polis menahan seorang daripada 4 lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam di klia2 pada pagi Isnin lalu.

Suspek berusia 47 tahun itu, yang memiliki pasport Korea Utara ditahan dalam satu serbuan di sebua
h kondominium di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 malam tadi, lapor The Star.

Tangkapan terbaru itu menjadikan polis setakat ini menahan 4 individu bagi membantu dalam siasatan kes pembunuhan yang menjadi tumpuan media antarabangsa sejak minggu lalu.
 
Polis sebelum ini dilaporkan berkata 2 wanita dan 4 lelaki ialah suspek utama dalam pembunuhan Jong Nam, abang sebapa pada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Pada Rabu, polis menahan seorang wanita pemegang pasport Vietnam, bernama Doan Thi Huong, selepas dia kembali ke tempat kejadian untuk menaiki pesawat ke Vietnam.

Pada awal Khamis, polis menyerbu bilik di sebuah hotel di Ampang, Kuala Lumpur untuk menahan suspek wanita kedua. Suspek memegang pasport Indonesia dengan nama Siti Aisyah, dari Serang, berhampiran Jakarta.

Tiada ulasan: