shahbudindotcom
Pas
dilaporkan mahu menyaman Husam Musa berhubung dakwaannya bahawa parti
itu menerima dana RM90 juta daripada UMNO melalui transaksi akaun di
Affin Bank Bhd.
Timbalan
Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan Husam itu
sebagai fitnah jahat yang merupakan sambungan rantaian apa yang pernah
didakwa oleh Sarawak Report sebelum ini.
"Pas
akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Husam sebagaimana kita
ambil tindakan kepada Sarawak Report," kata Tuan Ibrahim lagi.
Dulu
ketika Sarawak Report mula-mula menyiarkan dakwaan berkaitan dana RM90
yang diterima Pas itu, Tuan Ibrahim juga yang paling awal membuka mulut
dengan menyifatkannya sebagai fitnah, tidak benar dan berniat jahat.
Kali
ini, apabila Husam membuat dakwaan dalam ceramahnya di Kelantan
beberapa hari lalu berkaitan penyaluran wang itu dilakukan melalui Affin
Bank, sekali lagi Tuan Ibrahim juga yang mula-mula bersuara
mengenainya.
Kenapa
Tuan Ibrahim saja yang paling awal bersuara sedangkan Husam sudah
membuat dakwaan itu sejak beberapa hari lalu dalam ceramah yang
diadakannya di Kelantan, bahkan videonya juga mudah ditonton melalui
internet?
Di
mana Hadi Awang sendiri, Mohd Amar Nik Abdullah, Nasaruddin Tantawi
atau Nik Abdul Nik Aziz dalam menafikan dakwaan yang dibuat Husam itu?
Dalam
video tersebut, Husam bukan saja mendakwa duit RM90 juta itu disalurkan
melalui Affin Bank, malah berjanji untuk mendedahkan lagi maklumat
mengenainya menjelang pilihanraya umum akan datang.
"Jadi
masa pilihanraya esok-esok kita buat tubiklah (keluarkan maklumat
mengenai wang melalui Affin Bank itu) kalau dia (Pas) dengan UMNO.
"Kalau dia tidak dengan UMNO, UMNO yang buat tubik (keluarkan maklumat itu)," kata Husam lagi.
Jika
benar apa yang disebut Husam itu, bermakna bukan saja Penasihat Amanah
Kelantan itu yang ada maklumat mengenai wang yang didakwa disalurkan
kepada Pas melalui Affin Bank, malah ia juga berada dalam genggaman
UMNO.
Ini sudah bahaya beb...
Tiada
lain, hanya satu cara saja untuk Pas membersihkan namanya sekarang ini
iaitu segera menyaman Husam. Biar di mahkamah nanti Husam mendedahkan
segala bukti-bukti berdasarkan apa yang pernah disebutnya itu.
Jika dapat menunjukkan bukti, maka di pihak yang benarlah Husam, manakala jika sebaliknya, bersihlah pula nama Pas.
Tetapi,
ia mesti dimulakan dengan Pas terlebih dahulu menyaman Husam. Kalau
tidak berani atau berlengah-lengah mengambil tindakan saman terhadap
Husam, keyakinan ramai ialah mungkin benar Pas ada menerima wang
daripada Najib atau UMNO sebagaimana yang didakwa itu.
Seperti
kes saman Pas terhadap Sarawak Report, setelah sekian lama iaitu sejak
Ogos 2016 portal tersebut menyiarkan berita berkaitan dana RM90 juta
itu, notis tuntutan meminta maaf dan menarik balik artikel sebaliknya
hanya dihantar kepada editornya, Claire Brown pada 13 Disember yang
lalu.
Meskipun
diberi tempoh seminggu untuk memberi respon dan Sarawak Report tidak
mengendahkan notis tuntutan itu yang bermakna ia sedia berjumpa di
mahkamah, malangnya sehingga menjelang pertengahan Februari 2017
sekarang ini, masih juga tiada khabar berita mengenai saman tersebut.
Maka, di mana-mana orang mula bertanya, Pas mahu saman atau tidak sebenarnya?
Kenapa
mengambil masa begitu lama dan bertangguh lagi sedangkan alasan
sambutan Krismas di London yang dikatakan berlarutan sehingga
pertengahan Januari yang menyebabkan urusan saman tertunda sebelum ini
sudah pun lama berlalu?
Janganlah
pula dalam mahu menyaman Husam ini, Pas mengambil masa yang begitu lama
juga sepertimana yang dilakukannya kepada Sarawak Report itu.
Pas
kali hanya ada satu pilihan terhadap Husam jika benar ia tidak pernah
menerima wang RM90 juta itu. Saman, saman, saman dan jangan tak saman!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan