Oleh Haizal Yatiran
SHAH ALAM: PKR masih belum mendapat sebarang jemputan rasmi daripada
PAS ke Himpunan 355 (H355) yang dijadualkan pada 18 Februari akan
datang.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berhubung perkara.
Ketika ditanya sama ada partinya sudah menerima jemputan daripada PAS,
“tiada”, jawabnya ringkas kepada Antarapos ketika dihubungi.
Sehubungan itu, pihaknya masih tidak dapat memberi kata putus sama berkenaan kehadiran parti itu pada himpunan tersebut.
Setakat ini, masih belum ada lagi parti pembangkang yang lain mahupun
Barisan Nasional (BN) mengesahkan kehadiran mereka pada perhimpunan ini.
H355 yang bakal diadakan di Padang Merbok itu, adalah satu lagi usaha
memberi penerangan bersabit cadangan RUU 355 yang telah melalui dua kali
penangguhan di Parlimen.
Menurut PAS, tujuan penganjuran himpunan itu adalah untuk 'memurnikan
suasana' ekoran sikap sesetengah pihak yang tidak bersetuju terhadap
langkah itu.
Himpunan yang turut dianjurkan secara bersama dengan NGO dan aktivis
itu turut menjemput kehadiran parti-parti politik termasuk DAP, Amanah
dan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan