Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI – Pengusaha perkhidmatan Valet Doa dinasihatkan supaya menerima teguran
mufti dan institusi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) untuk menghentikan operasi perniagaan itu.
Timbalan
Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim menyifatkan pengiklanan perkhidmatan
tersebut yang kononnya memberi jaminan bahawa kiriman doa itu
dimakbulkan Allah adalah perkara yang melampau dan keterlaluan.
Tegasnya, umat Islam perlu yakin dengan kualiti diri sendiri untuk berdoa tanpa perlu menggunakan individu atau perkhidmatan lain sebagai perantara.
“Walaupun
kita menerima fadhilat berdoa di tempat-tempat tertentu tetapi tidaklah
sampai kita dituntut sampai mengupah seseorang untuk berdoa di
tempat-tempat berkenaan.
“Dalam
hadis-hadis sahih masih banyak cara dan peluang yang Allah beri agar
kita guna kesempatan untuk doa kita dimakbulkan khususnya pada
waktu-waktu mustajab walaupun di Malaysia antaranya Malam al qadr ,
ketika waktu sahur (hadis riwayat al Bukhari).
“…… doa
selepas solat fardu (hadis riwayat al Tirmizi), doa antara azan dan
iqomah (riwayat Abu Daud), ketika hujan turun (riwayat Abu Daud), ada
satu ketika yang tidak diketahui pada waktu malam dan hari Jumaat
sebagai galakan memperbanyakkan berdoa ( riwayat Imam Bukhari dan
Muslim), ketika sujud, mendengar kokokan ayam (riwayat Imam Bukhari dan
Muslim ) dan banyak lagi,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.
Perkhidmatan
Valet Doa mula tular di laman sosial selepas ramai netizen mengecam dan
kesal terhadap perniagaan kiriman doa untuk dibacakan di Makkah,
kononnya ditawarkan kepada mereka yang tidak mampu ke Tanah Suci.
Perniagaan
itu menawarkan perkhidmatan serendah harga RM250 sehingga RM5,000
kepada orang ramai melalui pakej tertentu seperti VVIP serta pakej King
Salman.
Bagaimanapun,
pengusahanya, Hasrin Harin bertegas untuk meneruskan perkhidmatannya
walaupun berdepan kecaman daripada orang ramai dan teguran alim ulama.
Nasrin berkata, khidmatnya itu tidak menyalahi hukum Islam dan ia sama seperti mengambil upah mengerjakan haji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan