OLEH LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM: Tindakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno
Selangor, Tan Sri Noh Omar, yang juga berjawatan menteri menyokong Datuk
Seri Jamal Md Yunus adalah tidak masuk akal dan amat dikesali.
Pengarah Komunikasi, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad
Naqib Nasaruddin berkata, sebagai seorang Islam, Noh sepatutnya lebih
peka kepada sensitiviti agama dan masyarakat kerana van jenazah dan
keranda bukan sesuatu yang boleh dipersendakan.
Katanya, respon Ahli Parlimen Tanjong Karang itu juga dilihat mengganggu kesejahteraan dan kemakmuran Selangor.
“Saya
berasa amat kesal apabila Noh menyokong tindakan membawa van jenazah
dan keranda berdemo di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
malah boleh menyifatkan tindakan itu bersesuaian.
“Adakah beliau begitu lemah untuk menegur salah laku Jamal sehingga
terpaksa menyokong tindakan tidak bertanggungjawab itu,” katanya dalam
kenyataan.
Sehubungan itu, Muhammad Naqib menggesa Noh memohon maaf bagi pihak
Jamal diatas ketelanjurannya mempermainkan sensitiviti agama.
“Saya juga mencabar Umno Selangor untuk mengambil tindakan tegas terhadap Jamal,” katanya.
Semalam, Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim mengumumkan siasatan awal
mendapati terdapat unsur manipulasi dan mengambil kesempatan dilakukan
Jamal terhadap pengurusan masjid.
Pihak Jamal didakwa menghubungi masjid untuk menyewa van jenazah bagi
sesi penggambaran, kempen anti judi, pameran dan lain-lain.
“Tindakan individu tidak bertanggungjawab ini mencemar kemuliaan institusi masjid,” kata Haris.-nR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan