DETIK DAILY
Rang
Undang-undang Persendirian pindaan Akta 355 yang dikemukakan oleh Ahli
Parlimen Marang, YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pada 26 Mei 2016
telah dibentangkan untuk dibahas di Parlimen. Usul pindaan ini dijangka
akan dibahaskan dalam persidangan Parlimen Penggal Kelima pada bulan
Mac tahun ini dan akan diundi oleh ahli parlimen untuk diluluskan
pindaan tersebut.
Sehubungan itu, sebuah himpunan berskala besar
bakal diadakan pada 18 Februari 2017 ini bagi menyatakan sokongan
kepada pindaan Akta 355. Solidariti ini diadakan bagi membentuk satu
pandangan umum yang menyokong RUU 355 seterusnya memberi isyarat
kebersamaan masyarakat dalam usaha memperkasakan bidang kuasa Mahkamah
Syariah.
Justeru itu, kami, pertubuhan-pertubuhan mahasiswa
Malaysia secara konsisten menyokong penuh pindaan RUU 355 dan
penganjuran Himpunan 355 ini demi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah
Syariah. Kami yakin dan percaya usaha meletakkan Islam pada tempatnya
adalah mercu keadilan sosial.
Di kesempatan ini, kami juga
menyatakan kehadiran kami ke Himpunan 355 yang akan diadakan di Padang
Merbok, Kuala Lumpur pada 18 Februari ini dengan berpakaian ungu. Kami
menyeru kepada seluruh mahasiswa Islam khususnya untuk turut sama
menghadiri Himpunan 355 bagi menyatakan sokongan terhadap usaha
memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Kami juga ingin
mengumumkan bahawa sebuah himpunan mini peringkat mahasiswa bakal
diadakan pada hari tersebut bermula pada 10 pagi hingga menjelang
tengah hari yang akan diisi dengan ucapan dari wakil-wakil mahasiswa.
"Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera"
Muhammad Syukri Alimar Shidi,
Pengarah "Mahasiswa Turun H355"
Tarikh: 12 Februari 2017
Mewakili:
1. Gabungan Mahasiswa Islam Se- Malaysia (GAMIS)
2. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia KL (PMI UTMKL)
3. Persatuan Pembangunan Insan Universiti Selangor (PPI UNISEL)
4. Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM)
5. Kelab Al-Azhar Members Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (ALAM KUIS)
6. Ma'ruf Club Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MC UIAM)
7. Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM)
8. Sinergi Mahasiswa Islam Universiti Sains Islam Malaysia (SMI USIM)
9. Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ)
10. Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)
11. Ikatan Siswazah Selangor (IKATAN)
12. Ikatan Siswazah Negeri Sembilan (INSAN)
13. Persatuan Pengajian Islam, Universiti Tenaga Nasional (PPI UNITEN)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan